Tersentuh hati
October 25, 2010
3 comments
Dulu aku beri segala bila berkawan, tapi tak terima kembali keikhlasan.
Boleh kira sebelah tangan.
Sekarang aku dikelilingi orang yang baik-baik belaka.
Yang baru kenal aku tak sampai separuh tahun, tapi faham bila aku bukan aku.
Aku tak datang bercerita, tapi mereka hulurkan bahu, tadahkan telinga.
Mereka yang tegur, sapa bertanya.
Tapi maaf, aku tak mampu.
Aku cuba jadi aku yang boleh berkawan dengan siapa pun.
Malangnya aku terkesan dengan perihal dulu.
Belum boleh lagi aku beri sepenuh percaya.
Aku tercela.
Dan bagi setiap kamu yang mengaku sialnya engkau, jahatnya engkau, buruknya engkau.
Noda kita sama.
Bila adanya cela dalam diri, maka itu hubung kita dengan buruk sangka.
Biar yang lain tak mahu rapat dengan kalian.
Aku ada.
Sebab kamu, kamu, faham rasa yang sama.
We tend not to hurt others knowing how much it have hurt us.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedah lama tak menjenguk blog anda..hati kamu sdg sedih. oh jgn sedih.nnt kita makan lagi.tapi sdn bhd :P
ReplyDelete