Tak suka

Aku tak suka bila ada assignment yang ternyata banyak berhelai-helai perlu dihantar, tapi aku tunggu hari terakhir nak buat.

Aku tak suka bila terlalu banyak online dan mengadap laptop akan sakit belakang belah kiri dan takde orang boleh tolong urut sebab semuanya tak jumpa area mana.

Aku tak suka bila time relax seperti sedang mandi atau macam tadi, baca buku di pantai, I have this urge to start doing my assignments. Tapi bila masuk bilik...
Automatik! Aku bermalasan. Aku tak suka!!

Aku tak suka duduk di USM tanpa tahu siapa kawan2 aku sebenarnya.

Aku tak suka ganggu roommate tidur, tapi aku perlu lampu dipasang tengah2 malam sebab aku baru terkial-kial buat assignments.

Aku tak suka aku jadi senyap dan reserve, sebab itu bukan aku. Aku jenis opinionated dan tak segan nak keluarkan pendapat. Tapi di sini aku lagi banyak diamkan diri sebab aku rasa pendapat aku tak diperlukan.

Aku tak suka bila ada orang yang berjaya wujudkan rasa dalam hati. Sebab selalunya nothing happen. Aku jarang sekali benarkan anything happen. Not the time yet.

Dan paling aku tak suka, rasa kosong. Absence of the feelings buat aku rasa kosong.
Lagi-lagi selepas terwujudnya perasaan.
Aku tak suka rasa tu. Jadi lagi baik never to feel anything kan?

Aku tak suka malam2 seperti ini. Bilamana aku sunyi dan aku rasa aku sendiri.
Penulisan ini pun bukan aku.
Aku benci nak cari diri yang mudah untuk orang kenali.
Aku nak jadi aku yang sendiri.

Aku suka tempat ini.
Tapi aku harap aku tak lama di sini.
Penat untuk cuba cari keadaan yang selesa.
Penat sentiasa ada dalam situasi tak menentu.

Aku suka kalau aku mampu hidup sendiri.
Jadi kera sumbang. Tak menumpang persahabatan orang.
Nyatanya aku tiada upaya.
Tak berkawan, itu bukan aku.



Aku makin hilang diri di sini.
Aku paling tak suka itu yang satu.

4 comments:

  1. hey tiada istilah menumpang dalam persahabatan ok.

    don't kid a friendship.
    haaa
    dun get me wrong.

    i like the way u dance your words hani,

    :DD

    ReplyDelete
  2. thanks cip.

    ayat macam tu keuar bila emo je.

    ReplyDelete
  3. haniiii.

    aku ikhlas kawan ngan ko jugak.
    nway thanx.hehe
    if dah tak suka jujur je taw.
    aku tanak depan baik gle tp blkg mcm haram.

    emo kejap aku ngan benda2 mcm ni.haihh

    ReplyDelete