Ini ditulis Sabtu lepas

22:09:00

Dulu saya pernah cakap, saya tak berani nak letakkan harapan pada seseorang sebab saya takut tak boleh lepaskan dia.
Tapi awak tak tahu, memang apa saya cakap tu betul.
Dulu saya pernah cakap, kalau tak jumpa lama takpa..saya boleh terima.

Tapi awak tak tahu, memang apa saya cakap tu betul.
Dulu awak pernah cakap, awak tak suka perangai childish.
Tapi saya tak tahu, mana yang betul.
Dulu awak pernah cakap, awak bagi saya masa.
Tapi saya tak tahu, mana yang betul.
Dulu saya pernah cakap, saya dah hilang diri.
Tapi saya sendiri tak tahu, memang apa saya cakap tu betul.
Dulu awak pernah tanya, apa sebenarnya yang saya nak.
Tapi saya sendiri tak tahu, jawapan sebenar yang betul.
* * * * *
Sekali lagi awak buat saya dekat dengan Tuhan.
Dulu lepas kenal rapat dengan awak, saya dekatkan diri dengan Tuhan sebab saya nak perkara elok. Saya tak pernah mintak, sebab saya rasa tak layak. Baru nak beramal dah nak mintak macam2. Tapi Dia Maha Mendengar. Walaupun saya tak pernah berdoa lepas solat, dia tetap berikan perkara elok. Dia berikan saya awak.
Macam manusia lain, bila dah dapat.. bersyukur sementara je. Saya masih beramal, tapi culas dah datang kembali. Perkara tu yang paling saya kesalkan. Sekarang awak dah takde, saya rapatkan kembali diri saya dengan Dia. Terima kasih. Terima kasih banyak.
Saya bersyukur jalan saya macam ni.

You Might Also Like

0 comments

What Brings You Here?