Sumpah, aku takut jatuh lagi.
Bukan tak mahu, tapi tak perlu. Bukan sekarang. Aku takut.
Dah tetapkan yang seterusnya bakal jadi yang akhir.
Tak nak disakiti, dan tanggung perit yang boleh muncul lagi.
Aku tiada rasa pada dia. Yang aku tahu, aku taknak rasa itu.
Apa pun rasa itu. Itu bukan milik aku.
Dia pun tiada rasa untuk diberi.
Jadi apa yang singgah pada aku ini?
Kenapa kau perlu mulakan?
Mungkin kau tak sedar, tapi kau yang mula.
Aku taknak berada di pertengahan, persimpangan, malah pengakhiran.
Aku tak tahu jika ia untuk engkau.
Aku tak tahu jika ia untuk engkau.
Aku tak tahu jika ia memang engkau.
Aku tak tahu.
Aku tak mahu.
Bukan sekarang.
Kau pun belum mahu.
Bukan untuk aku, bukan untuk kamu.
Boleh berhenti sekarang?
Boleh jauhkan persefahaman dan persamaan kita?
Boleh kita berhenti mahukan benda yang sama?
0 Comments:
Post a Comment