Berbuka lauk hati berulam jantung

23:40:00

Boleh tak kalau I dah tak nak pergi overseas to study. Dah tak sure dah.

Bukannya I tak independent, tak boleh handle being away from home - tapi I tak boleh handle Ramadhan yang kosong.

I dah terbiasa bila bulan puasa, akan berbuka ramai2. Paling sikit, bertiga dengan Abah and Mama. Atau menumpang sibuk Ya and Ayaq atau Phia and Arie atau mana2 couples yang I kenal kedua2nya.

Ni bukan kali pertama sambut Ramadhan bukan bersama keluarga, tapi ni kali pertama yang terasa sunyi. Dulu kat UNISEL bulan puasa di Timah. Ada 13 housemates untuk berbuka bersama. Kalau takde pun, akan pergi berbuka dengan Pakchaq punya classmates ramai2. Dengan Shamel, Andre, Boy, Punat, Fazs, Abu, Mimie. Rindu!

Kemudian malam akan terawih kat surau di 7 baru. Kalau pergi terawih. Weekends pulak boleh pilih2 nak berbuka kat rumah ataupun rumah Kak Long atau pun balik Semenyih ataupun bersungguh-sungguh makan bila berkumpul kat Kajang atau Kuantan.

Kat sini, walaupun baru 3 hari.... tak rasa macam Ramadhan. Berbuka dengan muka-muka baru. Yang tak rapat, dan taktau my eating habits. Tapi Alhamdulillah mereka tak lokek makanan, hulurkan tiap2 kali ada rezeki. Ingatkan bila cafe dekat dengan dorm orang akan ramai berkumpul kat cafe untuk berbuka. Macam majlis berbuka. Tapi ramai yang suka bungkus nasi, makan dalam bilik. Hmmm.

You Might Also Like

0 comments

What Brings You Here?