Untuk Mika


Apa korang nampak dari flyers ni? Bagi yang tak minat, takde apa2 kan?
Tapi tahu tak setiap visual, ada cerita? Bagi yang ini, ambil masa sikit untuk I jumpa main point. Tapi I nampak. I nampak Mika. Jadi through FB, I tanya Siapa Mika?

Mika is a lady, who has some of the most concern friend anyone could ask for. Yang kita nampak dari situ adalah gig di Little Bali, Cherating. Yang kita semua tak nampak adalah sekumpulan kawan-kawan nak membantu dengan cara yang mereka boleh.

Siapa Mika? Soalan simple sahaja. Tapi jawapan yang dapat, unexpected. Jujurnya, bila bertanya I ingatkan Mika might be a band. Or the skinny Mika with frizzy curly hair and high pitch voice. Tak sangka description orangnya lagi 'intimate' dari itu.

Salah seorang kawan Mika sent me a message after I asked. Katanya Mika adalah isteri kepada kawannya. And she is diagnosed with tiroid cancer. Dulu dah jalani chemotherapy dan keadaan baik. Baru-baru ni dia disahkan mengandung 2 bulan, happy news right? Not so. The cancer also came back. And now its worse.

Disebabkan dia sedang mengandung, chemo is not right for her. Therefore she has to go for homeotheraphy which costs almost RM1000 per session. Yeah, that much. She's fighting and her friends are helping in the fight too. I might not know her but when I got the message from her friend, I felt my heart dropped. Tak boleh bayangkan how she feels, and how she endures it.

I doakan kekuatan untuk you berjuang,
ketabahan untuk you berani,
most of all kesejahteraan untuk kehidupan you.

Kadang-kadang soalan pendek bagi kita pandangan baru tentang kehidupan kan?

0 Comments:

Post a Comment