Terkilan tak ambik gambar dengan Abah. Mama dengan Adik tak datang. Jadi peluang tu memang dengan Abah sorang.
21 Part One
November 23, 2010
3 comments
This is my 21 year old self, attending my Diploma convocation on the 21st of November 2010.
Terkilan tak ambik gambar dengan Abah. Mama dengan Adik tak datang. Jadi peluang tu memang dengan Abah sorang.
Tak tahu boleh duduk tak ikut turutan nama. Kalau tahu, memang nak duduk dengan geng sendiri. Takpelah, kurang-kurang dapat berbaik dengan gadis paling tak ngam di UNISEL dulu.
I lagi happy dan bangga tengok kawan-kawan naik stage ambik sijil daripada I yang berjalan atas tu. We made it guys!!!
Diploma Comm & Media students duduk bahagian paling depan. Tiap kali kamera fokus pada muka, macam-macam gaya keluar. Konvokesyen dah macam perhimpunan biasa yang tak formal. Penangan kitorang.
Bukan tu je. Protokol memang buat sendiri lah. Gelak ketawa, tidur bersungguh-sungguh (I dan most of the boys), tepuk tangan, comment MC. Paling best...bersemangat menyanyi lagu UNISEL. Rupanya ada lagu okay!!! Kami bangga buat seketika.
Keluar dewan, I jadi Mak Tiri slash speaker rakyat semula. Nak kumpulkan semua untuk shoot gambar ramai2. Tapi tak kesampaian. Cuma sempat jadi koir nyanyikan Birthday song untuk C'Put the birthday boy.
Terik mentari jangan cerita lah! Merenik peluh. Basah baju. Hilang ayu.
Dan bagi seorang aku yang asalnya tak mahu berada di situ, aku mengaku sepatutnya aku mahu. Walaupun highlight Diploma aku adalah pada 6 May 2010. Hari terakhir semuanya ada berkumpul dalam satu tempat yang sama dan acknowledge each other, memaafkan segala.
We'll see each other again. Our reunion, in 5 years time. InsyaAllah. I'll make it happen walaupun almost impossible. Harapnya korang tak culas, malas, dan cheapskate lagi dah selepas 5 tahun.
All the best guys!
looking good hun!
ReplyDeleteCONGRATULATIONS! :D
Thanks babygirl!!! <3
ReplyDeletesumpah i cemburu!
ReplyDelete