Curi masa

Semalam hari yang sangat teruk. Siang tak teruk sebab ke Pesta Buku dan dikelilingi oleh buku-buku. Sayu kerana dapat pulang dengan 6 sahaja. Malamnya yang teruk. Pulang ke Shah Alam dengan niat untuk ulangkaji Principle of Management. Tiga hari bercuti, tak sentuh buku langsung. Exam pula pukul 9 pagi.

Malangnya, malam itu jugalah nak kena selsema teruk. Bukan hidung sahaja yang berair. Air mata pun meleleh juga. Aih. Memang tak kan dapat belajar apa-apa bila dah macamtu.

Jadi, telan pil selsema dan KO, tidur sampai esok. Pukul 3.30 pagi, paksa diri bangun untuk menelaah sedikit. Dapat masuk sikit pun jadilah. Tak sampai sejam, mata mengantuk semula sebab kesan ubat tak habis lagi. Apa boleh buat, tidur ajalah.

Pagi ni alhamdulillah dapat buat. Sekadar yang termampu. Walaupun exam 3 jam, pukul 10.30 dah keluar dewan. Tak sanggup lama-lama tengok kertas soalan yang ayatnya sangat panjang dan tak membantu langsung. Apa yang dah dijawab, itulah yang dihantar.

Dan sekarang, dalam perpustakaan menikmati aircon sambil menunggu orang lain selesai. Luar terlalu panas! Tak ada rasa teringin untuk pulang ke rumah langsung sebab bahang dalam rumah sama dengan di luar. Aih kawan-kawan, cepatlah habis!

Notis: Maaf pada sesiapa yang mencari Serendipity di keanorlinsya2.blogspot. Kami telah berpindah. Jujurnya, saya tak berniat nak war-warkan url baru. Cuma bagi sesiapa yang bertanya, baru akan diberitahu. Untuk orang tertentu saya dah message.
Chup! Sebelum dipindahkan telah diberitahu melalui twitter? Bukan salah saya ya! Terima kasih kerana membaca dan masih mahu membaca.

2 comments: