Memento

Touchdown! I'm back in Penang. Loooving it! Walaupun penat dan mengantuk sebab we pull an all-nighter. Dasar procrastinator, hampir separuh kelas buat kerja kursus 25% pada malam sebelum tarikh submit. Hebat-hebat belaka. Jenuh peras otak.

Semalam terbang pulang dengan 3 bag besar. Satu penuh dengan buku, satu penuh dengan baju kotor dan satu lagi campuran kuih raya dan baju bersih. Untunglah ada kawan-kawan yang berkereta sanggup datang kutip kami berempat di airport.

Niat asal mahu pulang ke USM, cuci baju yang kiranya memang satu almari dan terus crack my head buat assignment. 2 minggu cuti, langsung tak berusik. Beraya pun tidak. Semua salah demam teruk yang buat suara jantan gantikan suara asal. Ini pun masih sengau. Tapi bila dah berjumpa kepala-kepala gila, memang tentu-tentu lari jauh dari plan asal.

Minum petang dan waktu makan sebab terasa nak makan bawa kami ke tepi pantai. Tak tahu lah di mana. Yang pasti tempat sangat best untuk lepak dan backgroundnya, Jambatan Pulau Pinang. Reminds me of lepak session at Tanjung.


Sempat kan singsing seluar masing-masing turun ke selut. Yap lah, curious dengan makcik yang korek kepah, langsung kami ditarik juga. But I like things like this, random outings in which we discover things. Rugi kalau tak capai bila dah depan mata kan? Jadi celup kaki juga. Tapi tak segagah makcik tu mencangkung korek pasir cari kepah dan kerang. Jadi kerja pulak nak bersalut selut dan pasir balik CG. Makcik tu cakap bila air surut dia datang cari kepah dan kerang untuk makan sendiri. Masa kami tengok tu dah sebaldi penuh. Teringin jugak tapi next time je lah.

Balik, hantar Ain. Ambil pulak Zu. Pergi makan lagi. Borak lagi. Gelak-gelak lagi. Udahnya, pukul 9 baru mula buat kerja. Pukul 3 pagi, perut yang tak reti kenyang mintak di isi. Keluar lagi. Makan lagi. Tapi kali ni TERBAEK lah. Jumpa Ashraf Muslim. Hot! Masuk kedai, sebelum buntut cecah kerusi terus nampak dia. Mas yang sama2 suka dia pun excited jugak. Paling bangang, kitorang blushing and giggling macam budak sekolah. Bodoh nya! Tapi untunglah, ada bahan untuk mimpi selama seminggu. Hahahaha.

Thanks Mas, Yap, Ain and Zu for a really great first day back. I knew I missed Penang for a reason! Its not just the place, its the people too =)

2 comments:

  1. aku terharu sial
    nama aku dalam blog kau.

    *tiru ayat kau.heehhee

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete