Tangsue, the self proclaimed Japanese girl shared with me a post by our ex-senior from USM. A travel magazine company wanted to send someone, preferably a Muslim writer to Tokyo to cover the all expenses paid, Muslim package trip organised by the Japan National Tourism Organisation with collaboration of Singapore Airlines. The catch? The article has to be written in Malay.
I didn't think I would be able to do it since I haven't done any writing in full Bahasa Melayu for 5 years. The last time must have been my Philosophy paper in USM. But I did give it a go. Though I wrote the email in English. Shared my blog link and some social media accounts for them to evaluate my writing too.
The phone call came the very next day! So blessed to receive the opportunity, I hope they were happy with the pictures I took and the words I wrote. The other 2 that went with me are actually journalist for local BM newspaper! Segan I. InsyaAllah more opportunity in future. I will update the article part by part. 8 pages article in Cuti Cuti magazine, March 2015 issue.
Mama, this is for you. Because the magazine print is too small for you to read.
* * * * *
Penerbangan
saya melalui Singapore Airlines dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 7
jam perjalanan tidak termasuk waktu transit di lapangan antarabangsa Changi.
Singapore Airlines menawarkan penerbangan ke Haneda sebanyak 3 kali sehari dan 2
kali sehari ke lapangan antarabangsa Narita.
Menurut
pemandu pelancong kami, lapangan antarabangsa Haneda adalah lapangan terbang
kedua tersibuk di Asia dan berada di kedudukan keempat di dunia. Lapangan
terbang Haneda kini lebih menjadi pilihan berbanding lapangan terbang Narita
kerana lokasinya yang lebih dekat dengan Bandar-bandar di Tokyo.
Sejurus
mendarat di Haneda pada jam 6.10 pagi, kami segera ke bilik solat yang terletak
di tingkat 3, lobi dewan perlepasan yang berdekatan dengan kaunter penyimpanan
bagasi. Bilik ini dijaga rapi dan pelawat yang ingin menggunakan bilik ini
hanya perlu menekan intercom untuk
memberitahu pihak pengurusan. Bilik
solat ini berkarpet dan dilengkapi dengan alat pemanas yang sememangnya amat
membantu ketika suhu pagi Tokyo yang amat sejuk mula memperkenalkan diri.
Kemudahan
mengambil wudhuk turut disertakan. Disebabkan ruang bersolat ini adalah untuk
dikongsi dan tidak diasingkan mengikut jantina, pintu di bahagian mengambil
wudhuk disertakan dan ini amat
memudahkan bagi kaum wanita yang bertudung untuk mengambil wudhuk dalam keadaan
selesa.
Camii Mosque,
Shibuya
Selepas
bersarapan di lapangan terbang, lawatan kami di bandar metropolitan Tokyo
dimulakan dengan melawat Masjid Camii (sebutan Jame’) di kawasan Shibuya-ku.
Anda sememangnya tidak akan terlepas pandang dengan masjid yang berwarna putih
ini kerana seni bina klasik Ottoman yang jelas melalui eksterior bangunan
terserlah berbanding bangunan-bangunan lain bersebelahan.
Masjid Camii yang juga Pusat Kebudayaan Turki, dibina pada tahun 1938 oleh masyarakat Turki-Kazahstan yang bermigrasi ke Jepun. Binaan asal adalah sebuah masjid dan sekolah dan diguna pakai sehingga masjid menjadi uzur pada tahun 1986. Tidak lama kemudian, Tokyo Camii Foundation memulakan projek pembinaan masjid baru pada tahun 1998 dan dengan usaha serta kerjasama kerajaan Turki, masjid ini siap dibina dalam masa 2 tahun sahaja. Kerja-kerja pembangunan dan pembinaan masjid ini dilakukan oleh Kajima Corporation manakala dari segi interior dan artistik adalah hasil air tangan artisan dari Turki. Perkara menarik tentang pembinaan masjid ini adalah semua batu-bata, marmar dan bahan binaan yang digunakan didatangkan khas dari Turki manakala dana pembinaan masjid ini diterima daripada masyarakat Islam seluruh dunia.
Kali
pertama saya menjejakkan kaki ke dalam masjid, hati saya tersentuh dengan
keindahan lukisan dan suasana yang mendamaikan. Hampir saya menitiskan air mata
kerana terpegun. Pantas saya ucapkan puji-pujian kepada Allah Maha Esa. Siapa
sangka di tengah-tengah Bandar Tokyo yang asing, saya dapat menikmati satu
persekitaran yang dekat dengan jiwa saya.
Di
Masjid Camii, masyarakat Muslim di Tokyo (bukan sahaja berbangsa Turki, malah
dari seluruh dunia) akan ke sana untuk berkumpul bagi aktiviti-aktiviti yang
mengeratkan silaturrahim seperti sambutan Maulidur Rasul yang ketika itu baru
sahaja selesai, khutbah dan solat Jumaat diikuti dengan perjumpaan dan makan
tengah hari yang disediakan oleh komuniti Islam di sana. Ramai di antara mereka
juga yang menjadi sukarelawan kerana masjid Camii bukan sahaja berfungsi
sebagai tempat beribadah malah, ia juga adalah satu pusat komuniti yang
menawarkan kelas agama dan bantuan bagi pengurusan jenazah dan lain-lain
upacara untuk masyarakat Islam.
Mereka
juga mengamalkan konsep terbuka dan semua pelawat tidak kira bangsa dan agama
termasuk penduduk asal yang berbangsa Jepun, dialu-alukan untuk melawat Masjid
Camii. Usaha ini mereka sifatkan sebagai usaha untuk memperkenalkan nilai-nilai
sebenar Islam dan memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam yang mempunyai
stigma negatif terhadap agama Islam.
First published on Cuti Cuti Isu 006, Pelancongan Muslim ke Tokyo, AmLeisure Media
0 Comments:
Post a Comment