4 hari 3 malam di Kuala Terengganu

Its the Chinese New Year holidays! And also our 1 week term break. Pada asalnya plan cuti nak ikut family Semenyih to Tiara Beach Resort, Port Dickson. And at the same time Dieyla/Awek ajak-ajak ayam ikut dia balik Terengganu. Jadi I gamble tanya Abah boleh ke tak. Siap bertekak semua lah kat phone walaupun cuak dan takut jugak sebenarnya nak mintak permission. Tiba-tiba......BOLEH!

Jadi, last Saturday berempat lah kami sekereta memulakan perjalanan ke Terengganu. Awek the driver, Cip the co-pilot, and Ana the paying passenger. I tukang buat bising selama journey tu. We crossed 4 states to get to Terengganu. So I updated my FB status konon-konon macam pergi roadtrip. Padahal lalu je. Penang-Kedah-Perak-Kelantan-Terengganu. Bunyi cam best je kalau dapat roadtrip betul-betul.

The journey from Penang to Kuala Terengganu was 8 hours of breezy, nyaman, dingin, and exciting smooth driving. We were stopped by JPJ once to check license, but the rest of the trip went on smooth. My lodging was at Awek's house. Terima kasih Awek, especially to your family bagi menumpang berhari-hari. Bagi makan nasik free, siap tanpa segan silu aku menambah lagi. Hehehehe

The first day we woke up late sebab qadar tidur. Kepenatan from the journey the day before. Persinggahan pertama adalah di gerai goreng pisang mak Awek! Di mana aku duduk situ dan makan keropok lekor, cekodok, jemput bawang, goreng pisang sampai kenyang. Free pulak tu! Her parents refuse to take any money. Pasni taknak makan dah kalau gi sana. Segan I. Sebab sah-sah aku makan memang bersungguh!

Kucing photogenic kat gerai mak Dieyla

Then we went to Kampung Cina, and found out that the stores along the street are taking part in CNY decorating competition. Since belum semua siap berhias dan hari pun hujan, jadi sekejap je lah kami ke situ.

We came back the next day at daytime for jalan-jalan camwhore session.

And also on the night of the judging by Terengganu MB for the decorating competition. Siap ada perarakan, lion dance, and one of the store actually brought in an orchestra to play songs in front of their store! Meriah gila okay! I'll have to tell all in another post.

Dang! I can't believe tiap-tiap hari kitorang pergi Kampung Cina. And its not big pun. Its just 1 street.

Day 2
Mulalah hari bersiar-siar dan photoshoot di KT. Tempat pilihan adalah Pasar Kedai Payang, Kampung Cina (lagi) dan beberapa tempat makan minum.

Sempat jumpa Ajis lagi! Since he's working for Kosmo Terengganu, mestilah kena jumpa! Tak sangka kawan aku yang paling slacker ni dah jadi trainee reporter. Beratus dah artikel. Bangga tengok kau dah jadi orang Ajis! Biarlah mereka di situ panggil kau dubuk pun.

Oh! On this day I pakai dress tu kan. Mak aih! Mata orang sana, melilau! Mungkin tak kena tempat, atau mungkin terlebih gorjes kot. Ahahahahahahah! Oh well!







Day 3

Hari kami berkelana di Taman Monumen Tamadun Islam. Tapi tak masuk pun. Instead we took the 40 minutes boat ride di Sungai Terengganu. Not bad. Siap ada tour guide explain macam-macam. Masa nak naik tu Awek dengan Cip punya first question, "Kau tak puas lagi ke dah Dondang Sayang kat Putrajaya?" Ehhh tu tempat lain, ni Terengganu. Dah berzaman aku tak datang Tenganu nih!

Best hokay nak photoshoot! Next time nak kena datang balik sebab tak masuk Taman Monumen dengan Muzium Terengganu.

Petang, kami lepak di Pantai Batu Burok. Awek main lelayang. Cip ambil gambar. Dan I, berbaring atas pasir sambil baca buku. Bliss!

Katanya Jumaat, pasar malam sepanjang-panjang beach tu. Mostly gerai bundle. Menetes dengar. Takpelah takde rezeki.


Day 4
Hari terakhir. Sedih meninggalkan kota raya yang menjadi saksi bahawasanya bapaku benarkan aku bercuti dengan kawan-kawan dengan berkat dan keizinan. Eheh! Drama much?

Berangkat lah aku ke stesen bas dihantar Awek dan Cip. Tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan Ajis yang turut sama datang menghantar. Thanks korang!

I really really appreciate this trip. Enjoyed it tremendously! Nanti kita trip tempat lain pulak eh?

1 comment:

  1. ya ampuunnnn baik kau hapus gambo tu sbelum aku sulaaa kau hani!

    ReplyDelete