Lepaskan

Kadang-kadang hampir terlepas cakap dengan sebarangan orang. Memang terus-terang, tak minat lagi nak teruskan di sini. Kalau boleh, esok mahu hantar surat minta dilepaskan. Tapi masih belum boleh. Jangan biarkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Menangis air mata darah nanti.

Sungguh aku lagi rela mula semula semuanya. Susun langkah satu-persatu. Corak laluan dari permulaan. Biar sendirian, biar tak berteman. Aku lagi rela kalau dari mula sampai tiba noktahnya aku seorangan. Aku mahu hanya sendirian.

Setahun setengah untuk mula semula. Seorang. Aku mahu itu.

0 Comments:

Post a Comment