Semalam pukul 3.24 pagi, saya terjaga dari mimpi.
Mimpi ngeri yang sepatutnya tak terjadi. Saya berada di kenduri di rumah nenek, semua ahli keluarga ada bersama. Kami semua berkumpul, perkara biasa yang kami lakukan. Cuma kali ini tanpa arwah nenek. Sedang kami berborak-borak, nenek masuk ke dalam rumah. Lengkap dengan bertelekung. Pakaian biasa nenek. Tapi kami tergamam. Nenek sudah tiada, ini siapa? Walaupun sedang keliru saya tetap bersalaman dengan nenek. Dan buat kali pertama, nenek memicit hidung saya. Lantas menghilang ke dalam biliknya. Memang pelik.
Tidak lama kemudian, adik kepada nenek (yang amat terkenal kerana selalu meratapi kematian) datang ke rumah dalam keadaan sedang menangis. Dia katakan dia sedih dengan kehilangan nenek. Nenek keluar dari biliknya dan menghulur tangan untuk bersalam. Tergamam, terkedu, tapi tangan tetap disambut dan dicium. Dan sekali lagi nenek menghilang ke dalam biliknya.
Kami semua ditinggalkan dengan persoalan besar. Siapa itu tadi?
Nenek, bless your soul. 1 month past, and im dreaming bout you. I miss you.
0 Comments:
Post a Comment