Obsesi minor pada Natrah dan Mansor Adabi
December 18, 2009
1 comment
Gila ke kalau dalam umur sekarang ni, dalam masa tak berapa-apa, I want to be married. Memang naluri manusia untuk hidup berpasangan. Dan setiap orang, kalau ada jodoh, maka adalah pasangannya. Satu sahaja masalahnya, I dont want a boyfriend. If there is going to be a relationship, I want it to be marriage.
Dua hari ni, dah habis 7 novel Melayu. Semua ceritakan kisah cinta membawa ke perkahwinan. The right kind of love, my type of love. Dalam 7 cerita itu, sempat titipkan 1 lagi kisah. Kisah cinta perkahwinan juga, tapi berulit airmata. Kisah cinta Natrah dan Mansor Adabi. Untung nasib mengemas bilik terjumpa artikel tulisan Aunty Fatini tentang Natrah untuk Dewan Masyarakat keluaran April dan Mei 1989.
Baru minggu lalu ke teater Natrah di Istana Budaya. Sungguhpun pementasan agak overated, tapi berkesan sedikit. Cukup untuk lakukan research sendiri, for me to know more. Nak baca biografi tulisan Aunty Fatini, belum keluar lagi. Jadi research melalui internet sajalah.
Dari artikel Dewan Masyarakat 1989, berjurai-jurai air mata. Pertama kerana hebatnya generasi dahulu menegakkan Islam. Dan kedua, kerana kesan kehilangan cinta dan harapan.
Cinta pertama seawal 13 tahun. Kemudian dipaksa dilepaskan, kesannya siapa tahu? Perkahwinan lain dan kehadiran zuriat mungkin mengubat. Tapi untuk sementara sahaja. Jika tidak, mengapa Natrah setelah puluhan tahun berlalu, bereaksi aneh setelah melihat Mansor Adabi melalui video? Saki-baki kasih masih ada, sentiasa ada.
Impak cinta. Puluhan tahun berlalu, masih terasa. Setelah melihat bekas suami elok berkeluarga, barulah harapan diputuskan. Realiti kehidupannya yang tidak bahagia memaksa diri melepaskan yang ada dan mencari yang tidak diketahui. Natrah mahu meninggalkan perkahwinan, tetapi bukan anak-anaknya.
Dari pemahamanku, mungkin anak-anaknya membahagiakan. Tapi ada lagi yang tidak mencukupi. Untuk kembali kepada bahagia yang dulu, apa lagi yang wujud? Mak Aminah sudah tiada. Mansor Adabi bukan lagi miliknya. Maka dengan itu Natrah cuba mencari bahagia dengan mengganti teman?
Wajarlah Natrah melalui gangguan tekanan perasaan. Di mana lagi harus sandarkan harapan apabila dia tempat untuk dia kembali? Satu sahaja persoalan. Di usia yang matang, sudah berakal, tiada tanggungan, kenapa Natrah tidak berharap dan bercinta dengan agama?
Dia pernah sayangkan Islam. Dia pernah menganut Kristian Katolik, tapi keduanya tidak diamalkan lagi. Mungkin Natrah keliru. Walaupun tanpa teman, sekurangnya dia ada pegangan. Faith is believing without evidence. If she have faith, she could at least save herself from her own misery
Kehidupan natrah mengecewakan. I dont blame her for the things that happened in her adolescence years. She didn't have any say then, There were too many deciding for her. But afterwards, she had years of chances to change her life to be better. Why didn't she take them?
Mungkin salah dia tidak mecari Tuhan dan agama. Mungkin salahnya pada bimbingan yang tiada. Atau mungkin salahnya sebagai ibu yang berkorban diri untuk anak-anaknya. Mungkin Natrah itu tidak wujud lagi. Mungkin yang ada hanya Mama untuk 10 anaknya.
Aku salahkan cinta. Cinta Natrah pada Islam yang dirampas. Cinta pada keluarga di Malaya yang sentiasa diingati. Cinta pada keluarga di Belanda yang tidak mahu dilepaskan. Cinta yang tidak tahu di mana harus disalurkan. Sebenarnya Natrah kehilangan. Dia kehilangan zaman kanak-kanaknya. Dia kehilangan kesenangan. Dia kehilangan harapan dan kasih sayang. Natrah hilang kebahagiaan.
Nadra binti Ma'arof, Huberdina Maria Hertogh, I pray for a better after life for you. You deserve your bahagia.
PS: Sila abaikan mode jiwang dan bahasa puitis. Salahkan novel-novel Melayu yang asyik ceritakan perihal nikah kahwin. Dan juga salahkan serendipity yang temukan kisah Natrah dan Mansor Adabi pada si hopeless romantic ini.
PS2: Abaikan hal nak kahwin tu juga. Banyak lagi hierarchy of needs yang perlu diselesaikan.

This comment has been removed by the author.
ReplyDelete