Boracay Birthday Trip...Not

Disebabkan saya perlu menulis dalam bahasa Melayu untuk upcoming trip in January, maka berbahasa Melayu lah kita. Well half.

Untuk tahun ini, saya berkelayakan untuk mengikuti percutian syarikat setelah bekerja lebih setahun di sini. Selain itu, saya juga berjaya memberi saranan untuk bercuti ke Boracay, Philippines! Untung nasib, boss terima pendapat dan bersetuju! Walaupun perjalanan ke Boracay sebenarnya agak melecehkan. 4jam penerbangan dari KL, 2 jam perjalanan dari lapangan terbang Kalibo ke jeti, 20minit melalui bot ke pulau dan akhirnya 10 ke 15 minit menaiki jeep untuk ke hotel. Nasib baik dari hotel kami boleh berjalan kaki untuk ke restoran, pusat membeli-belah, tempat lepak, spa, sebab semuanya bertempat di pantai.

Oh lupa! Sebutan untuk Boracay sebenarnya bukan Bo-ra-kei, tapi Bo-ra-kai! Sebab mereka Filipino, jadi ingat ya...sebutannnya adalah Borakai. Gambar di bawah adalah hotel kami, Hotel Hatten Garden di Station 2 dan gambar seterusnya.......kecantikan Boracay!












Aktiviti hari pertama adalah island hopping dan snorkelling, disebabkan saya baru selesai pembedahan di telinga maka tiada gambar snorkelling. Saya cuma dapat menikmati awan biru, lautan dengan warna kegemaran dan tidur di dalam bot ditemani hembusan bayu. Kami di bawa ke 2 tempat untuk snorkelling -   Coral Garden dan Crystal Cove. 




Makan tengah hari kami di bawa ke Puka Beach Piknikan. Satu kawasan pantai yang tidak disentuh dengan pembangunan. Bobby, pemandu pelancong kami mengatakan Puka Beach adalah Boracay seperti mana 25 tahun dulu. Kami dihidangkan dengan pelbagai lauk (mostly seafood, no pork) dan paling best...mangga Filipina! Yang ni memang makan beria setiap kali dapat. Sangat-sangat sedap! Masarap!








Lepas makan, sempat lagi mandi sebab Puka beach memang tiada orang. Kalau nak ikutkan Puka Beach dengan main beach 15minit je jarak berjalan kaki. Tapi sangat-sangat berbeza, Satu sangat busy, ramai orang, banyak kedai. Puka beach cuma ada piknikan (tempat makan) dan lounge chairs yang berjarak-jarak. Memang tempat untul relaks.

Aktiviti malam selalunya shopping di D'Mall yang sebenarnya bukan mall tapi sekelompok shop lots dalam banyak lorong. Dan lepak di beach pubs sambil layan live bands. Filipinos kan pandai menyanyi.

Rasanya wajar ada dua post untuk Boracay. Nak kena pilih gambar dulu. Heh heh heh.




1 comment: