Seal your _______

Semua orang dah penat dengar his name, his stories from my mouth. Terlalu banyak, terlalu lama. 6 bulan, mereka semua tahan mendengar sekejap suka yang tersangat dan sekejap nak give up. 6 bulan, mereka semua menyokong bila sangat sangat suka dan bila nak berhenti suka. 6 bulan, mereka sentiasa ada bersama.

Tapi bagaimana pula bila sesuatu yang mereka sokong, mereka turut sama suka, mereka mahukan sebanyak mana diri sendiri ni nak tak akan pernah terjadi. Tak akan wujud. Betul, ramai katakan jangan give up. Dan betul, tak perlu pun untuk mereka katakan sebab sangat susah nak lepaskan. Lebih-lebih lagi bila sentiasa nampak orang itu, lepak pun bersama. Dalam kumpulan kawan-kawan yang sama. Di tempat belajar yang sama. Komuniti yang sama.

Realitinya, walaupun alasan itu banyak...kena ambil tindakan sendiri. Mulakan langkah untuk berhenti sukakan dia. Kenapa perlu tunggu dan berharap pada seseorang yang kita sendiri dah tahu tak akan menjadi. Sebanyak mana dapat support pun, saya dah terlepas waktu-waktu untuk mulakan langkah pertama dengan dia. Kami berdua hidup atas prinsip 'kalau jadi, adalah..kalau tak, tidak' tapi prinsip tu akan kekal sebegitu tanpa usaha. Memang saya tak pernah usaha pun. Hanya teramat sukakan dia.

Sekarang terima sajalah apa yang dah terjadi. Orang lain dah mulakan langkah pertama dengan dia. Dan somehow, mereka menjadi? Mungkin. Katanya dia ada sedikit feelings pada si gadis itu. Tentulah, dia kan comel dan manja. Everything im not. Tak larat nak fikir. Kalau fikir selalu, makan diri. Tak boleh nak salahkan sesiapa bila diri sendiri tak buat apa-apa. Kalau nk makan bersama pun segan nak ajak dia sendiri, sentiasa harapkan kawan-kawan untuk ajak dia.

Makin ramai tahu, makin dia buat tak tahu. Makin lama makin tak ada apa-apa. Dan of course, terpaksa terima sahaja. Mungkin happy juga tanpa boyfriend ini. Masih boleh hidup tanpa boyfriend, sebab kawan-kawan ramai. Selesa bergaul dengan sesiapa je. Tapi kadang-kala susah nak terima yang makin ramai kawan-kawan perempuan di keliling hitch up dengan kawan-kawan lelaki dia. Pusing-pusing situ juga. Susah nak kembang ke mana-mana.

Memang tiada masalah untuk kami lepak bersama, boleh sahaja duduk bersebelahan, makan dan lepak bersama. Tapi ini waktu sekarang. Waktu dia masih tanpa teman. No one special next to him. Cuba nanti bila ada seseorang istimewa di sebelah dia? Atau si gadis di sebelah dia. Ahh....berhenti fikir. Serabut kepala.

Tak pernah lagi suka orang sampai tahap macam dia. Tak boleh nak berhenti dan tak ada hati langsung nak memandang orang lain. Susah nak mula suka orang lain. Sama susah nak berhenti sukakan dia. Perlu lakukan sesuatu. Cukup hanya bercakap dan berfikir. Perlu lakukan sesuatu.

0 Comments:

Post a Comment