Teringat memori sendiri bersama Geng Gitar Lapok (pada ketika itu kami belum dikenali sebagai Geng Gitar Lapok lagi) ke Bagan Lalang ketika di semester ketiga dan aktiviti khidmat masyarakat kami di Pulau Pangkor. Sangat sangat rindukan 'percutian' kami.
Kalau nak dibandingkan waktu di Unisel dan di USM, memang lebih banyak aktiviti makan angin di Penang ini. Sehingga ke negara jiran juga ada. Tapi tak sama dengan percutian atau class trip yang diikuti ramai orang. Memang agak leceh untuk persiapkan pengangkutan, makanan dan tempat tinggal bagi 50 orang. Akan tetapi keseronokkan itu terjamin. 50 orang, pelbagai ragam dan sudah tentu banyak peristiwa menarik untuk dikongsi.
Berbeza dengan unisel yang menetapkan 5 subjek setiap semester dan pelajar yang mengikuti kursus-kursus ditawarkan adalah berdasarkan tahun kemasukan mereka. Secara mudahnya, keadaan dia sana adalah seperti di sekolah. Subjek yang perlu diambil pelajar telah ditetapkan oleh fakulti. Dan ahli kelas adalah orang yang sama bagi setiap kursus. Dengan cara itu, rakan-rakan lebih rapat kerana kerap berjumpa dan keaadaan ini lebih menyenangkan untuk membuat perancangan projek kelas atau percutian bersama.
Sebenarnya ada juga harapan untuk hasilkan aktiviti percutian beramai-ramai di sini. Akan tetapi bukan semua orang rapat antara satu sama lain walaupun berada di bawah satu major yang sama. Kami kebanyakkan bertemu sekadar untuk menyapa. Dan mungkin hanya berjumpa pada sesi seterusnya untuk kelas yang lain. Kemesraan tidak serupa dengan keadaan semasa di Shah Alam dulu.
They practice that for diploma students je Fa. Once you're taking degree, it's just as USM. Different people in different classes although satu batch. Btw, what is subject pemujukan? Elektif?
ReplyDelete