Terkilan

22:38:00

    I have a friend, a Malay friend. Who somehow always get diss by other Malays due to the way she dresses. I sebenarnya tak faham kenapa beria-ria sangat orang nak benci dia. Come on lah, Judgemental gila by the way she dress. Bukannya melampau pun pakaian dia. Sampai nak drag in tempat asal dia bukan dari KL. So kalau dia bukan orang KL dia tak boleh dress up macam tu?

Sorry lah kalau pemakaian dia tak seMelayu harapan korang. Tapi tak perlu pun tak suka dia sampai tahap macam tu. Korang tak kenal dia. Betul dia tak cukup tutup aurat dia. Tapi bukan tempat kita nak mengutuk. Apa beza kebanyakan kalian yang berhijab, tutup aurat tapi tak jaga batas pergaulan? Dia terdedah, tapi batas pergaulan dia jaga. Langsung tak menyentuh atau disentuh lelaki. Korang tahu ke tu? Boleh nampak ke dari pakaian dia?

Mungkin korang amalkan membenci dengan hati, tapi pernah tak menegah dengan tangan? Menegur dengan lidah? Memaki adalah! Let it be known yang konsep berdakwah bukan membenci, menjatuhkan. Tapi menerima, membantu dan menegur. Pernah buat ke? Lagi sebar cerita buruk-buruk. Kita pun tak elok mana. Dosa pahala bukan kita tentukan. Itu kerja Yang Esa. Masing-masing ada akal, kita jaga diri sendiri dulu.

I terkilan sebab yang mengata tu kawan, subjek yang diperkatakan pun kawan. Yang mengata ni tak terfikir ke aku pun tak bertudung dulu, pun pakai shorts, pun pakai skirts. Kalau nak banding dia dengan aku dulu sama je, Kadang-kadang aku lebih lagi dari pemakaian dia. Habis kalau aku macam tu, pun korang akan bantai sebab aku tak berpakaian seperti Melayu? Ke aku tak kena sebab rupa aku tak Melayu?


You Might Also Like

0 comments

What Brings You Here?